Friday, June 24, 2016

Beza iPhone Tiruan Dengan Original

Kini terlalu banyak iPhone yang kita nampak macam original tapi sebenarnya ia iPhone klon atau iphone yang telah dibaiki dan dijual semula.
Secara jujurnya, iphone masih lagi menjadi pilihan orang ramai terutamanya remaja.

Bagi yang biasa dengan system iOS, mereka sudah tahu bezakan User Interface (UI) iOS yang original, dan juga secara fizikal iPhone berkenaan. Bagi yang tidak biasa pula, mereka mungkin tidak tahu langsung perbezaannya. Ini adalah langkah bezakan iPhone original dengan iPhone Klon.


1. Simkad yang telah dipotong, MicroSim untuk iPhone 4/4S, Nano Sim untuk iPhone 5 ke atas.

2. Masukkan simkad untuk pastikan iphone original. Simkad diperlukan untuk masuk homescreen. Iphone klon tidak memerlukan simkad. Cara ini juga boleh mengetahui sama ada iPhone tersebutsimlocked atau unlocked. Jika Sim Not Valid, itu tandanya Sim Locked(tidak boleh guna Telco Malaysia secara asasnya).

3. Connect to Internet (Wifi atau Mobile Data) > masuk AppStore > Download simple apps macam Apple Store > nanti akan popup untuk sign in Apple ID. Untuk klon, ia akan minta Google Play atau selain daripada Apple ID. 

4. Boleh juga masuk di Settings > General > About , dan tengok kapasiti. Kapasiti iPhone original tidak akan tepat-tepat. Contohnya kalau 16GB, kapasiti iPhone original adalah dalam 11.0 hingga 13 GB sahaja, bukan 16GB. 

Iphone baru mestilah mempunyai warranty yang belum lagi diaktifkan. Semak warranty anda di checkcoverage.apple.com ambil serial number pada Setting>General>About.

Info pada kotak boleh ditiru, tetapi info pada settings iPhone original tidak boleh ditiru.
Gambar di atas jelas menunjukkan Iphone belum lagi diaktifkan. Untuk Iphone second hand, warranty sudah diaktifkan ataupun telah habis.
Tolong JANGAN PERCAYA seller macam ini.
IMPORT set yang BARU, mestilah mempunyai warranty yang belum diaktifkan.
Dengan itu la ia layak dipanggil set baharu.

Jika warranty sudah habis atau masih berjalan official warranty Apple, itu tandanya iPhone itu second hand atau refurbished.

Anda boleh juga check Calling Time, untuk melihat, pergi ke Settings > Mobile/Cellular > Call Time >LifeTime , jika bukan 0, maknanya, sudah digunakan untuk membuat panggilan ataupun ianya adalah unit Second Hand.

Jadi sebelum membeli tak kira jenama apa, pastikan anda rujuk pada yang pakar.

Rujukan: Clickuz.com

Saturday, June 18, 2016

Popov pilih Wander Luiz ganti Lucca




KOTA BHARU: Ketua Jurulatih Kelantan Velizar Emilov Popov mengambil keputusan memilih pemain Tengah kelahiran Brazil, Wander Luiz Bittenoourt Junior sebagai pengganti Jonatan Lucca.
Pemain berusia 29 tahun kelahiran Lamim, Brazil itu memulakan karier mewakili Vila Nova FC (2005-2010), Burram FC (2010-2011), Suphanburi FC (2012), America de Cali (2013), Fujairah FV (2014),dan Ratchaburi Mitr Phol FC kelab terakhir dalam Liga Thailand tahun 2015.
Pada saingan liga Super tahun lepas Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) pernah cuba memancing Wander Luiz tetapi menemui jalan buntu kerana pemain itu masih terikat dengan kontrak pasukannya, Ratchaburi Mitr Phol FC. Pengalaman luas pemain terbabit dalam pelbagai kelab berjaya memikat panel pemilihan yang diketuai Velizar Popov.
Sebaik lulus pemeriksaan kesihatan dan ujian kecergasan, Wander Luiz terus diikat oleh KAFA kelmarin. Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa berkata, pemain itu menjadi pilihan Popov sebagai pemain import baharu pada jendela kedua pendaftaran pemain import.
“Saya berharap Wander Luiz membentuk gandingan berbisa bersama Blazhe Ilijoski di bahagian serangan,” tulis Annuar di laman Facebok rasminya. Sementara itu, Setiausaha Agung KAFA, Datuk Ismail Md Noor berkata, KAFA bersetuju mengikat kontrak Wander Luiz sehingga berakhir saingan liga tahun ini.
Menurutnya, segala urusan tandatangan kontrak dan pendaftaran telah diuruskan bagi melengkapkan kuota import menggantikan pemain yang ditamatkan kontrak sebelum ini.
“Mandat untuk memilih seorang lagi calon import diserahkan sepenuhnya kepada Popov,” katanya ketika dihubungi.
Sumber : Berita Harian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
affiliate program

GET INCOME FROM YOUR WEBSITE

Turn your valuable webpage visitors into revenue. Work online and join our free money making affiliate program. We offer the most payment rate to help increase your money stream.

Join our revenue making program absolutely free and 100% risk free.

Sign Up...

Begin receiving steady affiliate revenue

Our earning money system really can give you income on the same day. Start receiving steady affiliate commissions with almost no effort at all. This is a serious revenue opportunity, the first step for you to create a solid, trustworthy, long-time profitable business.

A constant cash generator

Imagine getting of a something that never failed to provide you with cash-flow. A money making program so amazingly profitable that you never had to look for job ever again!

Mountain a steady stream of revenue

Our earning money program helps you to establish a steady stream of cash, all around the clock. Allowing you more time to focus on the things you love.
You will even receive money while you sleep!

Freeway To Success business opportunity Freeway to Success financial freedom business opportunity