Sunday, January 30, 2011

Pembukaan yang Mantap

 
PEMAIN dan pegawai pasukan Kelantan meraikan ke jayaan mereka muncul juara Piala Sultan Ahmad Shah selepas menewaskan Selangor 2-0 di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
PUAS HATI. Itulah yang dpt ak gmbrkan masa tgok bola KELANTAN vs SELANGOR semalam. Walupun kehilangan beberapa tonggak musim ni tapi kelantan membuktikan kejayaan pasukan tidak bergantung kepda individu sahaja. Pembukaan yg ckup mantap  utk kelantan..huhuhu....Berikut merupakan petikan dari paper KOSMO mengenai game smlam..
KELANTAN terus mencipta sejarah, kali ini berjaya menjuarai Piala Sultan Ahmad Shah buat kali pertama setelah menewaskan Selangor 2-0 di Stadium Shah Alam malam tadi.
Jaringan penalti Norshahrul Idlan Talaha dan sepakan percuma Badhri Radzi sudah cukup untuk menggagalkan hasrat Selangor meraih kejuaraan sumbangsih itu buat kali ketiga berturut-turut.
Tuah jurulatih baru, Datuk M. Karathu membawa kejayaan kepada Kelantan manakala aksi pemain Selangor kendalian K. Devan tampak lesu dan serba tidak menjadi.
Perlawanan yang dimeriahkan dengan kehadiran 35,000 penonton itu, menyaksikan Kelantan mendahului seawal minit kelapan menerusi sepakan penalti Norshahrul setelah bek kanan Selangor, Razman Roslan menjatuhkan Nurul Azwan Roya.
Tertekan dengan jaringan awal itu, Selangor cuba bangkit dan mendapat peluang terbaik pada minit ke-31 menerusi tandukan Safee Sali tetapi sekadar menggegar palang gol Kelantan.
Sebaik babak kedua bermula, Selangor memasukkan Fitri Shazwan Raduwan menggantikan Safiq Rahim manakala Kelantan pula memasukkan Khairul Izuan Rosli menggantikan Danial Fadzly Abdullah pada minit ke-58.
Permainan terhenti hampir 10 minit pada minit ke-62 setelah penyokong Kelantan bertindak membaling botol minuman dan mercun ke arah padang.
Begitupun ia tidak menghalang Kelantan untuk mendapatkan gol kedua pada minit ke-83 menerusi sepakan percuma Badhri dari sebelah kiri yang gagal diagak dengan baik penjaga gol Selangor, Iqbal Suhaimi.
Jaringan tersebut terus mematikan langkah Selangor meskipun terus menggandakan asakan untuk mencari gol.
Trofi kejuaraan disampaikan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah diiringi Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Tan Sri Khalid Ibrahim dan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa.
“Turun selaku juara Piala Malaysia, tekanan hebat terpaksa dipikul Kelantan. Tapi para pemain telah menunjukkan keyakinan diri yang tinggi.
“Ini merupakan kali pertama Kelantan muncul juara dan saya hadiahkan piala ini buat seluruh penyokong setia Kelantan," kata Karathu.
Devan pula berkata: “Gol awal Kelantan menerusi sepakan penalti telah mematikan rentak permainan kami. ”
Pada perlawanan tersebut, penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat yang beraksi cemerlang telah dipilih sebagai Pemain Terbaik Astro.
 "GO RED WARRIORS!! NOTHING IMPOSSIBLE"

Sunday, January 23, 2011

The Chronicles Of Narnia 3 (2010) R5 RMVB Mediafire


The Chronicles Of Narnia 3 (2010) R5 RMVB Mediafire

Plot
Lucy and Edmund Pevensie return to Narnia with their cousin Eustace where they meet up with Prince Caspian for a trip across the sea aboard the royal ship The Dawn Treader. Along the way they encounter dragons, dwarves, merfolk, and a band of lost warriors before reaching the edge of the world.

Genre
Adventure | Family | Fantasy

Info
http://www.imdb.com/title/tt0980970

Screenshots
for RMVB

Download

Mediafire

RMVB
part 1- http://adf.ly/LDXE
part 2- http://adf.ly/LDXK

Read this first 
  1. .rar-extract using winrar or winzip.
  2. .001-combine file using HJsplit.
  3. Play the movie and no sound?Install K-Lite Codec Mega or Real Alternative


Credit : directdownloadfree

"SELAMAT MENDOWNLOAD"

Saturday, January 22, 2011

Pengalaman Paling Berharga

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar korang semua?..harap korng sihat2 selalu.. Hari ni ak nk story psal tournament futsal yang ak join pada hari khamis lepas, iaitu 19/1/2011 bersempena Hari Terbuka Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina UKM 2011 atau dikenali sebagai SAKAN D`KJUT. Aku punye jabatan menghntar 2 team pada kjhanan kali ini. Nak dijadikan crita, masa undian, dua2 team same group pulak..plan nk jumpa kt final...hahaha....nama team ak PORTLAND FC, iaitu sempena nama pengeluar simen yang kitorng belajar. Satu lagi team namanya, EAGLE ONE..kami diundi dalam group D bersama 2 team lagi...

 
Portland FC


PORTLAND FC vs EAGLE ONE

Okeylah, sekarang ak akan cerita psal team ak punya perjalanan. Mmg mantap gler, first game dh lawan pasukan staff (xingat nama pasukan diorang). First half mmg kami dh control game. kami dh leading 1-0 dah..masuk 2 half, diorng dh men aggresif. akhirnya, kaki ak jadi mangsa. Dh la sbelum men kaki ak dh sakit, sepak kt tmpat yg sama, dh jadi belon kaki ak...merah semacam je..hahaha..selepas bertarung habis-habisan dgn skill yang ala2 barcelona, kami kecundang 2-1. Masuk match yg kedua, kitorng bertemu dengan pasukan jkees tahun 4 (JOHN KUMBANG FC). team ni mmg mantap. .ak mmg dh injured. bleh men skit2 jea..Kapten kami, Amin (syfiq rahim) score goal awal beb...mantap mamat nie..kami semakin bersemanagt klau ada gol awal nie..haha...sperti biasa skill kami mcm team barcelona, kami menang 2-1...Next match, bertemu dgn pasukan yang paling kami geruni, EAGLE ONE....kami kena menang besar dgn team nie..klau tak, takut xlyak ke suku akhir...satu strategi telah dibuat..(strategi adalah RAHSIA)...Kami terkejut dengan permainan EAGLE ONE..semangat gler walaupun team dari jabatan sama...ahaha..akhirnya, kami diberi kemenangan dgn 6-0.......

Pkul 12.15, suku akhir bermula. team ak menentang psukan dari juara group B.(xambil thu sgt sal nama pasukan)....first half, ak men walaupun kaki ak still sakit lagi. Kami dh control game waktu nie..tiba-tiba, xsampai 5 minit, kaki ak kembali sakit. kali ni mmg sakit gler...ak dh xleh men..kebetulan, time ak kuar, diorng dh score...geram je ak tgok..nasib baik kaki ak sakit...lpas tu, team ak attack lagi dan lagi...mmg xDe luck team ak tngah hari tu, kitorang attack, diorng skali attck terus gol...akhirnya, kami terpaksa berpuas hati terkandas di suku akhir dgn kiraan 2-0. Namun begitu, ada banyak benda yang istimewa dlm tournament ni, antaranya :

  1. First time team kejuruteraan awan dan struktur/sekitaran (JKAS) ditubuhkan.
  2. Kejohanan yg pertama ak sertai bersama team JKAS.
  3. Walaupun first time, dh sampai quater final (mantap)
  4. Dua pemain malaysia bersama team ni (amin-syafiq rahin dan panjang-amirulhadi)...hahaha..grau je
  5. Kali pertama, kaki ak injured seteruk nie..huhu
  6. Yang paling penting, ak enjoy men dgn team nie...

Walaupun target nk dpat RM300 tidak kesampaian, kami xputus asa.. byk lagi tournament yg akan kami sertai nanti.. Wait n see..Thanks kpada smua yang terlibat...insyaallah, len kali, team ak akan menang bergaya...:)


"NOTHING IMPOSSIBLE"

Thursday, January 20, 2011

‘Berpesta’ pungut syiling atas lebuh raya

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Entry kali nie xtahu nk tulis psal apa. Tadi ak baca newspaper dan terbaca satu artikel yang sangat mengecewakan ak. Serius, ak mmg benci klau jenis perangai mcm nie..rasenye, xperlu ak explain lagi. Korang baca sendiri ye..:)

PUNGUT...pengguna jalan raya memungut  syiling yang bertaburan.
PUNGUT...pengguna jalan raya memungut syiling yang bertaburan.
SEREMBAN: Menyedihkan apabila pengguna jalan raya seolah-olah ‘berpesta’ memungut syiling yang bertaburan di lebuh raya selepas kenderaan membawa wang itu terbalik dalam kemalangan di Kilometer 244 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), dekat susur keluar Pedas di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, pengguna jalan raya termasuk wanita bagaikan tidak mempedulikan anggota polis dan petugas lebuh raya yang turut berada di lokasi kejadian.

Mereka dilihat memasukkan syiling 50 sen, 20 sen dan 10 sen yang bertaburan di tengah dan tepi lebuh raya ke dalam beg serta plastik dibawa.
Malah, ada antara mereka sanggup bersila di atas rumput dan asyik memungut syiling itu walaupun ‘pemilik’ duit berkenaan berada di lokasi kejadian menyebabkan pihak berkuasa menutup laluan selama lima minit bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Tinjauan Harian Metro di lokasi kejadian mendapati ada pengguna sanggup mempertaruhkan nyawa memungut syiling di tengah lebuh raya tanpa mempedulikan kenderaan lalu lalang.

Pemandu pacuan empat roda membawa wang berjumlah lebih RM70,000 berkenaan yang dikenali sebagai Zairulhisham Mansor, 28, berkata kejadian berlaku selepas kenderaannya dilanggar daripada belakang oleh sebuah kenderaan lain.
“Akibat perlanggaran itu, pacuan empat roda yang saya pandu hilang kawalan lalu terbalik menyebabkan syiling dibawa bertaburan.

“Ketika itu, saya berada di lorong paling kiri dan bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan serius,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini.
Katanya, seorang rakan dalam pacuan empat roda bersamanya cedera ringan akibat kemalangan itu.

Harian Metro difahamkan, wang berkenaan milik sebuah syarikat pengedaran syiling dari Shah Alam, Selangor untuk dihantar ke beberapa pasar raya di Melaka.

credit : Harian Metro


"PLEASE BEHAVE YOURSELF"

Wednesday, January 19, 2011

The Green Hornet (2011) TS RMVB Mediafire

Nuffnang Ads
The Green Hornet (2011) TS RMVB Mediafire

Synopsis
Playboy Britt Reid (Seth Rogen) becomes the new publisher of Los Angeles' "The Daily Sentinel" after the sudden death of his father. Britt's party life is about to change when he and his driver and kung fu expert, Kato (Jay Chou), stop a robbery. With the help of Kato, Britt starts a new career of fighting crime as the masked superhero "The Green Hornet".

Genre
Action | Crime | Thriller

Info
http://www.imdb.com/title/tt0990407/

Screenshot
untuk RMVB 
untuk MKV

Download

Mediafire

RMVB (367mb)
part 1- http://adf.ly/JtrT
part 2- http://adf.ly/Jtrh

MKV
akan datang...

kat Malaysia 3 Febuari 2011 baru kuar kat panggung...watch it first..kah3

PERHATIAN
1.KLIK JER "SKIP ADS" UNTUK MASUK KE DOWNLOAD PAGE MEDIAFIRE
2.DOWNLOAD KE SEMUA PART YANG ADA PASTU EXTRACT GUNA WINRAR/WINZIP
3.KALO RAJIN KLIK LA IKLAN TUH
4.PILIH JER YANG MANA KORANG NAK,SAMADA AVI,MKV ATAU RMVB.TAPI BAGI AKU DOWNLOAD RMVB LAH SEBAB SAIZ FILE YANG KECIK JER. 

Read this first 
  1. .rar-extract using winrar or winzip.
  2. .001-combine file using HJsplit.
  3. Play the movie and no sound?Install K-Lite Codec Mega or Real Alternative

credit : downloadmoviefree.blogspot.com

Monday, January 17, 2011

'Ibu suruh saya dirogol'

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khbar pembaca sekalian??..hari ni ak nak share dgn krng tentang cerita yang xmasuk dek akal tapi dah berlaku pun sekarang. Ak mmg terkejut dgn berita nie..Beruk kt UKM ni pun sama terkejut (hehehe). Korang bleh nilai sendiri cerita ni. Ak harap benda nie takkan berulang lagi.SELAMAT MEMBACA.;

SERAH TAKDIR...Lili dan anak yang dijaganya.
SERAH TAKDIR...Lili dan anak yang dijaganya.
KUALA TERENGGANU: “Ibu suruh abang merogol saya sebelum saya diserahkan kepada lelaki yang meminjamkan wang kepadanya,” kata wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Lili, 26.
Kenyataan itu amat mengejutkan, namun bagi Lili itu sejarah hitam hidupnya hingga menyebabkan dia kini terhumban ke dalam dunia pelacuran dan menjual tubuh untuk meneruskan kehidupan. 
“Apa yang berlaku ke atas saya berpunca daripada ibu dan saya sampai bila-bila pun tidak akan memaafkannya,” katanya.

Lebih mengejutkan, Lili yang kini mengandung anak keempat hasil hubungan seks luar nikah, berhasrat menyerahkan bayi dalam kandungannya itu kepada orang lain supaya masa depan anaknya lebih terjamin dan mengharapkan sedikit imbuhan.

“Saya sudah lahirkan tiga anak, tapi dua daripadanya yang kini berusia dua dan tujuh tahun saya serahkan kepada orang lain sebaik mereka lahir.

“Anak ketiga berusia setahun dan saya menjaganya kerana tidak sampai hati untuk menyerahkannya kepada orang lain.

“Tetapi, saya sekarang mengandung tiga bulan dan bercadang menyerahkan bayi ini kepada orang lain. Ini saya lakukan demi kebaikan anak saya juga dan berharap mendapat sedikit imbuhan selepas menyerahkan anak itu,” katanya.

Menceritakan lebih lanjut pengalaman pahit hidupnya, Lili berkata ketika usianya tiga tahun dia diserahkan ibunya kepada ibu saudara untuk dijaga kerana keluarganya miskin.

Menurutnya, kisah hitamnya bermula selepas dia pulang semula ke pangkuan keluarga ketika berusia 12 tahun.

Dakwanya, akibat perbuatan ibunya yang suka berhutang, dia menjadi mangsa apabila ibunya nekad menyuruh abang kandung merogolnya di depan ibunya yang menyaksikan perbuatan keji itu dari jauh.

“Selepas itu saya diserahkan kepada lelaki yang meminjamkan duit kepada ibu. Sejak itu saya menjadi tempat lelaki yang tidak dikenali terbabit melepaskan nafsu serakahnya.

“Tidak tahan dengan perbuatannya, saya nekad melarikan diri. Saya ceritakan perbuatan keji ibu dan abang kepada ibu saudara dan dia membuat laporan polis,” katanya.

Lili berkata, sebelum dia dijual dia pernah menceritakan kejadian itu kepada bapanya, namun bapanya tidak mempercayainya dan memihak ibunya.

“Keluarga kami porak-peranda kerana selain saya, empat lagi adik-beradik perempuan saya mengalami nasib sama apabila ibu menjual mereka kepada pemberi hutang,” katanya yang mempunyai 10 adik-beradik.

Malah, sehingga kini dia tidak lagi berjumpa dan mengetahui nasib adik-beradiknya yang dijual ibunya kerana selepas laporan polis dibuat, dia mendapat perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menurutnya, akibat perbuatan keji itu, ibu dan abangnya kini meringkuk di penjara manakala bapanya sudah meninggal dunia.

“Selepas berusia 18 tahun dan tidak lagi berada di bawah jagaan JKM, saya datang ke negeri ini dan akibat tidak mempunyai saudara-mara, saya nekad menjual tubuh dan mengemis untuk menyara kehidupan,” katanya yang mengakui masa depan dia dan anaknya gelap dan hanya menyerahkan kepada takdir untuk menentukan segala-galanya.

Sumber : Harian Metro
"NOTHING IMPOSSIBLE TO HAVE GOOD ATTITUDE"

Saturday, January 15, 2011

Damping Malam (2010) Eng.Hardcored MKV & RMVB Mediafire


Plot
The story begins during orientation week NURAIZA successful entry into the hostel is full. It is a pride for the valley but there is little concern for KU KHALIRA who reported they had never parted with his only son was. There were disturbances in the dorm and the aim was NURAIZA. During this NURAIZA never through the horrific experience, then came the trauma itself. He never taught a prayer or verse to protect itself so it NURAIZA disorder remains uncertain and continues not only to him but also his friends that there are close to him. There is also her roommate and classmate know, Hasni and Syarifah. He also recognized the lack of enemies who are always pleased with the Erna and Nadia are two years old but the rooms of their close. NURAIZA learn to get closer to the Islamic education with Hasni and Syarifah. Harassment is still there. Erna came delinquency and Nadia who want to impose NURIZA, and they play in order to invoke the spirit ouiji board, then NURAIZA start to see a girl her age hovering around the hostel.

Genres
Horror | Thriller

Cast
Normah Damanhuri,Erynne Erynna,Ahmad Idham,Datin Nina Juren,Azizah Mahzan,Puteri Mardiana,Amy Mastura,Roslan Salleh,Sharifah Shah,Eizlan Yusof

Screenshot
Untuk MKV
Untuk RMVB

Download

Mediafire

MKV (275mb)
part 1- http://adf.ly/Iju3
part 2- http://adf.ly/IjuV
part 3- http://adf.ly/Ijuu

RMB (214mb)
part 1- http://adf.ly/Ijv7
part 2- http://adf.ly/IjvT 


PERHATIAN
1.KLIK JER "SKIP ADS" UNTUK MASUK KE DOWNLOAD PAGE MEDIAFIRE
2.DOWNLOAD KE SEMUA PART YANG ADA PASTU EXTRACT GUNA WINRAR/WINZIP
3.KALO RAJIN KLIK LA IKLAN TUH
4.PILIH JER YANG MANA KORANG NAK,SAMADA AVI,MKV ATAU RMVB.TAPI BAGI AKU DOWNLOAD RMVB LAH SEBEB SAIZ FILE YANG KECIK JER. 

Nuffnang Ads
Read this first 
  1. .rar-extract using winrar or winzip.
  2. .001-combine file using HJsplit.
  3. Play the movie and no sound?Install K-Lite Codec Mega or Real Alternative

Credit to directdownloadmoviefree 

SELAMAT MENDOWNLOAD

Wednesday, January 12, 2011

Pusat Beli Belah Maya


DIGITAL Mall memberi manfaat beli-belah kepada pengguna teknologi di luar Lembah Klang.


PERKHIDMATAN e-dagang yang semakin membangun memudahkan pengguna mendapatkan produk mereka secara talian dengan lebih mudah dan pantas.
Sejajar dengan perkembangan e-dagang, Digital Mall yang merupakan milik SM Digital Mall Sdn. Bhd. telah memperkenalkan pusat beli-belah maya yang dikenali sebagai Virtual Mall. Terletak di Petaling Jaya, Selangor, pelancaran Virtual Mall baru-baru ini diadakan bersempena ulang tahun keempat Digital Mall yang menjadi syurga digital bagi segala produk teknologi maklumat (IT), elektronik dan elektrik di Lembah Klang.
Pengarah Eksekutif SM Digital Mall Sdn. Bhd., Eric Seow berkata, semakin ramai pengguna di Malaysia gemar melakukan urus niaga dan pembelian dari rumah terutama yang melibatkan barangan menawarkan khidmat penghantaran disebabkan gaya hidup yang semakin sibuk.

PELBAGAI gajet terbaru di pasaran boleh dibeli secara talian melalui Virtual Mall.


“Mereka akan mencari jenama dan peruncit yang dipercayai seperti Digital Mall tetapi pada masa sama mereka tidak mahu keluar dari rumah atau pejabat dalam usaha mendapatkan perisian, perkakasan, aksesori atau peranti terkini.
“Dengan adanya Virtual Mall, kami ingin membawa pengalaman membeli-belah di Digital Mall kepada mereka yang tinggal di luar Lembah Klang,” katanya.
Virtual Mall dilancarkan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim dan Eric Seow di Digital Mall, Petaling Jaya baru-baru ini.
Eric menambah, penyewa Digital Mall akan menyenaraikan produk jualan mereka dalam Virtual Mall itu sekali gus dapat mengembangkan jualan dan peluang perniagaan masing-masing.
“Penyewa akan mendapat manfaat kerana menyertai peruncitan maya di bawah satu bumbung bersama peruncit IT terkemuka dan langkah ini pasti memberi faedah kepada mereka kerana dapat memperluaskan serta meningkatkan lagi jumlah pelanggan mereka,” ujarnya.

PEMBELIAN di Virtual Mall boleh dibayar dengan kad kredit.


Pengguna yang ingin menggunakan Virtual Mall boleh membuat bayaran menerusi kad kredit Mastercard dan Visa yang dikeluarkan oleh bank-bank tempatan atau antarabangsa.
Mereka juga boleh membuat bayaran menerusi debit akaun simpanan dan akaun semasa di bank-bank terpilih.
Barangan yang dibeli akan dihantar dalam masa satu hari bekerja untuk di kawasan-kawasan bandar dan bandar utama di Semenanjung Malaysia dan dua hari bekerja untuk Malaysia Timur.
sumber : Kosmo Online

Tuesday, January 11, 2011

Barisan Di Akhirat

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar pembaca skalian?..Post kali ini bersifat keagamaan sedikit dan menjadi tanggungjawab aku untuk berkongsi dengan rakan pembaca skalian. Artikel nie aku dapat dari kawan aku punye. Moga kita sama-sama mendapat manfaat daripada ilmu ini. Selamat membaca.
Suatu ketika, Muaz bin Jabal r.a. menghadap Rasulullah S.A.W. dan bertanya kepada baginda: 
“Wahai Rasulullah S.A.W., tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah S.W.T” 

Erti firmanNya; 
“Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris” 
(Surah al-Naba’) 

Mendengar pertanyaan ini, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab; 
“Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepadaku perkara yanag amat besar bahawa umatku masing-masing dengan pembawaan diri mereka sendiri.” 

Maka Rasulullah menyatakan setiap barisan yang sebanyak 12 barisan.

BARISAN PERTAMA 

Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih; 
“Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya. Maka demikian balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.” 

BARISAN KEDUA 

Diiringi dari kubur dalam berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih;
“Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.” 

BARISAN KETIGA 

Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking
“Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.” 

BARISAN KEEMPAT 

Diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulutmereka. 
“Mereka adalah orang yag berdusta di dalam jual beli. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.” 

BARISAN KELIMA 

Diiringi dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu,Allah S.W.T. menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. 
“Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka kerana takut diketahui manusia,tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah S.W.T. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.” 

BARISAN KEENAM 

Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan
“Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.” 

BARISAN KETUJUH 

Diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah dari mulut mereka mengalir nanah dan darah
“Mereka itu adalah orang yang enggan member kesaksian di atas kebenaran. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.” 

BARISAN KELAPAN 

Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.
“Mereka adalah orang yang berbuat zina. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.” 

BARISAN KESEMBILAN 

Diiringi dari kubur dengan wajah hitam gelap dan bermata biru sementara di dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh
"Mereka adalah orang yang memakan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."

BARISAN KESEPULUH 

Diiringi dari kubur dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan sopak dan kusta
"Mereka adalah orang yang derhaka kepada ibu bapa. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka." 

BARISAN KESEBELAS 

Diiringi dari kubur dalam keadaan buta mata kepala,gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terlanjur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran
"Mereka adalah orang yang meminum arak. Maka inilah balsannya dan tempat kembali mereka adalah neraka." 



BARISAN KEDUA BELAS 

Mereka diiringi dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka datang suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan;
"Mereka adalah orang yang banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih.” 


Monday, January 10, 2011

Ngangkung (2010) DVDrip (MKV & AVI)

Movies
""Ngangkung" tells the story of a lorry driver Azim who lives a moderate lifestyle with his wife Suri and his daughter. Tasnim and Wan are Azim's closest friends and they start influencing Azim to bet on the lottery. Things take a turn when the number acquired by Tasnim by the way of 'ngangkung' is successful and it changes things completely as Azim starts to enjoy indulging in the activity" ...

Genre: Comedy | Horror .. Dikongsikan oleh Ryuu (MKV) & kuryu (AVI) .. Sila join menggunakan hj split atau 7zip sebelum play (kecuali single link) .. ~SELAMAT MENONTON~




IMDb
Ngangkung [Mediafire] Ryuu Part 1
Ngangkung [Mediafire] Ryuu Part 2
Ngangkung [Hotfile] Ryuu Part 1
Ngangkung [Hotfile] Ryuu Part 2
Ngangkung [Fileserve] Ryuu Single Link
Ngangkung [Mediafire] kuryu Part 1
Ngangkung [Mediafire] kuryu Part 2
Ngangkung [Mediafire] kuryu Part 3
Ngangkung [Mediafire] kuryu Part 4
Ngangkung [Fileserve] kuryu Single Link
How To Use Hj Split: Click Here
 
  
 
credit to : http://www.syok.org/portal/news.php

Sunday, January 9, 2011

Aurat Wanita Dari Al-Quran Dan Hadis

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khbar pembaca blog sekalian. Entry untuk kali ini, ak suka dan minat sangat2 untuk berkongsi info yang amat penting especially untuk wanita iaitu garis panduan menutup aurat. Menutup aurat merupakan SATU KEWAJIBAN sebagai seorang ISLAM. So, selamat membaca k..:)




1. Bulu kening 
-Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari. 

2. Kaki (tumit kaki) 
-"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." (An-Nur: 31) 
Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki. 

3. Wangian  
-"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." (Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban). 

4. Dada 
-"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. " (An-Nur : 31) 

5. Gigi 
-'Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.' (Riwayat At-Thabrani) 
-"Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah"(Riwayat Bukhari dan Muslim). 

6. Muka dan Tangan 
-Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: 'Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." (Riwayat Muslim dan Bukhari). 

7. Tangan 
-"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya"(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi). 

8. Mata 
-"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pandangannya." (An Nur : 31). 
-Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi). 

9. Mulut (suara) 
-"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik."( Al Ahzab: 32). 
-Sabda Rasulullah saw, "Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." (Riwayat Ibn Majah). 

10. Kemaluan 
-"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. "(An Nur : 31). 
-"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." (Riwayat Al Bazzar). 
-"Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." (Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah). 

11. Pakaian 
-"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah). 
-"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." (Riwayat Bukhari dan Muslim).
 Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu. 
-"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al Ahzab : 59). 

12. Rambut 
-"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim). 


Tunggu for the next post yea...thanks korng kerana membaca. Anda sudah menjalankan tanggungjawab anda...:)..Credit to www.iluvislam.com kerana info ini.


" NOTHING IMPOSSIBLE "

Saturday, January 8, 2011

Pelancaran Skuad Liga Super Kelantan 2011 & Jersi Baru

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Entry untuk kali ak nak story tentang pasukan bola sepak kesayangan ak di Malaysia iaitu Kelantan atau dikenali sebagai The Red Warriors (TRW). Semalam dengan rasminya bertempat di pusat membeli belah KB Mall, pemain TRW musim 2011 diperkenalkan. Bukan itu saje, jersi baru TRW turut diperkenalkan dengan design yang lebih menarik.  

Lebih 1000 penyokong setia TRW membanjiri pusat beli belah berkenaan untuk melihat pemain pasukan TRW dengan lebih dekat lagi. Apa yang paling istimewa dalam team TRW pada kali ini adalah kelibat anak Tian Ghee, Nicholas Chan, 18, yang turut memperkuatkan skuad TRW musim ini dan dikatakan akan menjadi bintang baru bagi menggantikan bekas ketua pasukan, Indra Putra Mahayuddin yang berhijrah ke T-Team. 

Selain itu, skuad TRW juga akan membariskan lima muka baru iaitu K.Soley, Nurul Izwan Roya, Wan Rohaimi Wan Ismail, Daniel Fadly Abdullah dan bekas penyerang sensasi TRW musim 2009, Khalid Jamlus. Semakin hari, semakin xsabar ak nk lihat aksi mereka ini. Ak harap musim ini Liga Malaysia mampu melahirkan lebih ramai lagi pemain muda yang berkaliber untuk diketengahkan diperingkat tertinggi. Nak jelas lagi tentang majlis pelancaran itu, korang boleh tengok gambar di bawah. Selamat membaca.












' NOTHING IMPOSSIBLE ' 


Friday, January 7, 2011

Pencuri kabel kena belasah

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Apa khbar semua?..Entry kali ini ak nk share dgn korng tentang satu story yg berlaku semalam iaitu pencuri kabel yg telah dirembat atau dipukul oleh penduduk kampung. Tu la mencuri sgt. Org kampung xleh sabar klau benda-benda yang mcm bodoh ni berlaku depan mata diorang. Apa yg mendukacitakan ak, benda nie berlaku kt Kota Bharu, Kelantan. Memalukan state ak je pencuri nie..(reaksi kecewa). Apakah benda mcm nie xleh elak??..makin hri makin menjadi la penjenayah nie. Wake up la warga muda (utk mereka yang terlibat dgn jenayah dan bad moral). This is not way to become a good community in Malaysia. Untuk keterangan lanjut tentang story nie, silalah baca entry dibawah .....Selamat membaca..:)


DUA lelaki ditahan cuba mencuri kabel telefon berdekatan Kampung Mantera, Kota Bharu, awal pagi semalam. - Foto Adnan Mohamad


KOTA BHARU: Dua pemuda berusia 20-an menerima padah apabila dibelasah penduduk ketika mencuri kabel telefon di Kampung Mantera, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, kedua-dua mangsa yang cedera di muka, siku dan kaki terpaksa menerima rawatan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Seorang lagi rakan suspek dapat meloloskan diri sebaik menyedari perbuatan mereka dihidu penduduk.
Penduduk, Shafei Ismail, berkata perbuatan tiga lelaki terbabit disedari seorang warga tua yang melalui kawasan berkenaan.

Katanya, ketika itu, dua pemuda dilihat sedang memanjat tiang telefon, manakala seorang lagi rakannya menunggu di dalam kereta sambil mengawasi kawasan sekitar.


“Sebaik melihat gelagat mencurigakan itu, penduduk yang memandu kereta menghubungi penduduk kampung untuk meninjau kegiatan tiga pemuda berkenaan.


“Selepas berpuas hati dan yakin ketiga-tiga mereka terbabit mencuri kabel, penduduk kemudian mengepung dan menahan dua daripada pencuri terbabit, manakala seorang lagi melarikan diri menggunakan kenderaan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Lai Yong Heng, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

“Buat masa sekarang kedua-dua suspek yang ditahan menerima rawatan di HUSM kerana mengalami kecederaan dan lebam,” katanya. 



Apa pendapat kawan-kawan sekalian?..patutkah tindakan penduduk yang seperti dinyatakan diatas atau ada cara yang lebih baik?..

*Credit to  http://www.bharian.com.my/bharian/

" NOTHING TO CHANGE" 

Thursday, January 6, 2011

Pelajar IPTA sesi 2011 daftar 2-7 September

Assalamualaikun dan salam sejahtera.
Selamat bertemu kembali. Seperti biasa, ak nk share dengan korang tentang penyelarasan kalendar akademik IPTA negara. Penyelarasan ini akan menyaksikan tarikh pendaftaran pelajar baru dianjakkan dua minggu ke hadapan pada setiap sesi akademik yang akhirnya akan bermula pada September berbanding Jun sebelum ini. Mungkin ini berita baik untuk ak..bleh la ak cari kje, smentara menunggu semester baru...hehehe..(cari duit lebih). Nak lebih detail lagi tentang ini?..korang bleh baca entry di bawah yang ak copy dari laman sesawang http://www.kosmo.com.my/kosmo/index.asp. Selamat membaca..:) 




GEORGE TOWN - Pendaftaran pelajar bagi sesi akademik 2011 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) akan diadakan antara 2 September dan 7 September ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Naib Canselor dan Rektor IPTA, Prof Tan Sri Dr. Dzulkifli Abdul Razak (gambar).
Beliau yang juga Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, perkara itu dipersetujui pada mesyuarat antara naib-naib canselor IPTA kelmarin.
"Pihak IPTA diberi kebebasan untuk membuat pendaftaran pelajar baru antara 2 September hingga 7 September ini," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Perutusan Tahunan Naib Canselor USM di sini semalam.
Beliau berkata, untuk permulaan, perubahan itu pastinya akan menimbulkan sedikit kesukaran kepada pihak universiti.
"Dalam semua perubahan mesti ada kesusahan. Sesi kali ini sahaja akan sukar sedikit. Tahun depan akan lebih mudah selepas sistem baru itu diselaraskan," katanya.
Kelmarin, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, penyelarasan kalendar akademik IPTA negara akan dilakukan secara berperingkat-peringkat bermula sesi akademik 2011/2012 dan dijangka beralih sepenuhnya pada sesi akademik 2013/2014.
Penyelarasan itu akan menyaksikan tarikh pendaftaran pelajar baru dianjakkan dua minggu ke hadapan pada setiap sesi akademik yang akhirnya akan bermula pada September berbanding Jun sebelum ini. - Bernama




Jadi, apa reaksi korang tentang langkah yang diambil oleh kementerian Pengajian Tinggi ini?...

' NOTHING IMPOSSIBLE '

Wednesday, January 5, 2011

Harga RON 97 naik 10 sen

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pada hari yang cukup indah ini, ak nak berkongsi dengan korng semua mengenai isu yang sedang panas sekarang iaitu mengenai kenaikan harga minyak petrol RON 97. Mulai 5 Januari 2011 ( hari nie ), harga minyak petrol RON 97 sekali lagi diselaraskan kepada harga baru melibatkan kenaikan 10 sen. Oleh yang demikian, harga minyak petrol RON 97 sekarang adalah RM2.40 seliter.  Bagaimanapun, harga minyak petrol RON 95 kekal dengan harga RM1.90 seliter.




Mengikut maklumat yang ak baca di utusan malaysia hari ini, Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman, telah menjelaskan kenaikan harga minyak petrol RON 97 sebanyak 10 sen adalah kerana mengikut harga pasaran minyak mentah dunia. Menurutnya, ketika ini harga pasaran minyak mentah dunia mencecah AS$100 setong.

"Harga petrol RON 97 sejak tahun lalu tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapungkan mengikut pasaran semasa.
"Ketika ini, kerajaan tidak lagi menanggung subsidi untuk minyak petrol RON 97 dan kenaikan ini memang tidak dapat dielakkan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Menurutnya, kenaikan itu mengikut perkiraan yang ditentukan oleh Kementerian Kewangan.

Kalau mengikut perkiraan yang dibuat, pada 1 November lepas, harga petrol RON 97 dinaikkan lima sen menjadi RM2.15 seliter dan pada hujung bulan itu juga ia sekali lagi mengalami kenaikan sebanyak 15 sen menjadi RM2.30 sen seliter. Isu kenaikan harga minyak petrol ini semestinya memeningkan kepala rakyat untuk mengatasinya. Apa-apa pun, ak harap lepas nie jganlah harga minyak petrol RON 95 terus naik harga sehingga mencecah RM2 lebih ke atas untuk satu liter.



Teruskan menbaca post2 yang menarik nanti yea..
Salam korang semua.


' NOTHING IMPOSSIBLE '
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
affiliate program

GET INCOME FROM YOUR WEBSITE

Turn your valuable webpage visitors into revenue. Work online and join our free money making affiliate program. We offer the most payment rate to help increase your money stream.

Join our revenue making program absolutely free and 100% risk free.

Sign Up...

Begin receiving steady affiliate revenue

Our earning money system really can give you income on the same day. Start receiving steady affiliate commissions with almost no effort at all. This is a serious revenue opportunity, the first step for you to create a solid, trustworthy, long-time profitable business.

A constant cash generator

Imagine getting of a something that never failed to provide you with cash-flow. A money making program so amazingly profitable that you never had to look for job ever again!

Mountain a steady stream of revenue

Our earning money program helps you to establish a steady stream of cash, all around the clock. Allowing you more time to focus on the things you love.
You will even receive money while you sleep!

Freeway To Success business opportunity Freeway to Success financial freedom business opportunity