Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Entry untuk kali ak nak story tentang pasukan bola sepak kesayangan ak di Malaysia iaitu Kelantan atau dikenali sebagai The Red Warriors (TRW). Semalam dengan rasminya bertempat di pusat membeli belah KB Mall, pemain TRW musim 2011 diperkenalkan. Bukan itu saje, jersi baru TRW turut diperkenalkan dengan design yang lebih menarik.
Lebih 1000 penyokong setia TRW membanjiri pusat beli belah berkenaan untuk melihat pemain pasukan TRW dengan lebih dekat lagi. Apa yang paling istimewa dalam team TRW pada kali ini adalah kelibat anak Tian Ghee, Nicholas Chan, 18, yang turut memperkuatkan skuad TRW musim ini dan dikatakan akan menjadi bintang baru bagi menggantikan bekas ketua pasukan, Indra Putra Mahayuddin yang berhijrah ke T-Team.
Selain itu, skuad TRW juga akan membariskan lima muka baru iaitu K.Soley, Nurul Izwan Roya, Wan Rohaimi Wan Ismail, Daniel Fadly Abdullah dan bekas penyerang sensasi TRW musim 2009, Khalid Jamlus. Semakin hari, semakin xsabar ak nk lihat aksi mereka ini. Ak harap musim ini Liga Malaysia mampu melahirkan lebih ramai lagi pemain muda yang berkaliber untuk diketengahkan diperingkat tertinggi. Nak jelas lagi tentang majlis pelancaran itu, korang boleh tengok gambar di bawah. Selamat membaca.
Untuk lebih lanjut lagi korang boleh masuk laman web ini http://kelate.net/forum/viewtopic.php?f=40&t=529&start=0 dan juga http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0108&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm
' NOTHING IMPOSSIBLE '
4 comments:
syabas buat the red warrior...
tq2..:)
lawa gak jersey tuu...
Thanks and I have a tremendous offer: Whole House Renovation Cost Calculator Canada house renovation plans
Post a Comment